BAB-10 T4

 

BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN



Pandangan Tokoh Terhadap Kemerdekaan <Video>

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

  • Rakyat perlu membebaskan diri daripada pihak luar dengan semangat jinsiyyah dan wataniyyah

Mahatma Gandhi

  • Setiap negara berhak untuk menguruskan negara sendiri demi keharmonian hidup

Nelson Mandela

  • Kebebasan daripada sebuah sistem yang menindas

Soekarno

  • Kebebasan selama-lamanya daripada politik penindasan

Tunku Abdul Rahman

  • Kemerdekaan ialah satu tempat perhentian dalam perjalanan menjadi negara berdaulat

Tun Dr. Mahathir Mohamad

  • Semangat menyayangi negara dengan sepenuh hati selain kebebasan daripada penjajahan


10.2 PERSEDIAAN MENYAMBUT PEMASYHURAN KEMERDEKAAN NEGARA
        < Video >
10.3 DETIK PEMASYHURAN KEMERDEKAAN NEGARA
        
< Video >

Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita <Video>

Politik

  • Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Peringkat Antarabangsa

  • Menganggotai Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Ekonomi

  • Rancangan Malaya Pertama
    • Menumpukan pada luar bandar
    • Mempelbagaikan hasil pertanian
    • Menambahkan peluang pekerjaan

  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
    • Menempatkan semula keluarga luar bandar
    • Mereka menanam getah atau kelapa sawit di tempat baharu

Sosial

  • Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan
  • Jabatan Penerangan
    • Ditubuhkan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat

  • Hospital ditubuhkan
  • Penyediaan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan


Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
< Video >

Wilayah Pengaruh

  • Terdiri daripada negeri-negeri yang mempunyai Sultan atau Yang Dipertua Negeri

Kerajaan

  • Mentadbir negara
  • Terbahagi kepada Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman
  • Dipilih melalui pilihan raya

Kedaulatan Undang-undang

  • Memastikan kesejahteraan negara
  • Semua penduduk tertakluk di bawah undang-undang

Lambang Kebangsaan

  • Simbol perpaduan
  • Contoh: Jata Negara dan Jalur Gemilang

Rakyat

  • Mempunyai hak asasi di sisi undang-undang



NOTA BAB 10 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN


 

10.1 Pengertian Kemerdekaan

 

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani : Rakyat perlu membebaskan diri daripada pihak luar dengan semangat jinsiyyah

dan wataniyyah

 

Mahatma Gandhi : Setiap negara berhak untuk menguruskan negara sendiri demi keharmonian hidup

 

Nelson Mandela : Kebebasan daripada sebuah sistem yang menindas

 

Soekarno : Kebebasan selama-lamanya daripada politik penindasan

 

Tunku Abdul Rahman : Kemerdekaan ialah satu tempat perhentian dalam perjalanan menjadi negara berdaulat

 

Tun Dr. Mahathir Mohamad : Semangat menyayangi negara dengan sepenuh hati selain kebebasan daripada penjajahan

 

 

Jawatankuasa Persediaan Fizikal

 

Tunku Abdul Rahman mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dan dibantu oleh Yaacob

Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan).

 

Lagu Negaraku, iaitu lagu kebangsaan berasal daripada lagu Terang Bulan, iaitu lagu negeri Perak yang liriknya ditulis oleh Saiful Bahari.

 

Mohamed Hamzah mencipta reka bentuk bendera.

 

 

Jawatankuasa Sambutan

 

Jawatankuasa ini berperanan memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri.

 

Pakaian khas disediakan untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman sendiri.

 

Kursus khas dianjurkan oleh kerajaan berkaitan dengan protokol

 

 

 

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

 

Jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan menjelang tengah malam 30 Ogos 1957.

 

Pada pukul 10.00 malam, wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat duduk.

 

Pada pukul 10.30 malam, sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat.

 

Pada pukul 11.58 malam, semua lampu dipadamkan.

 

Pada pukul 12.00 malam, lampu dipasang dan diikuti dengan laungan “Merdeka’ oleh orang ramai.

 

Pada pukul 12.10 malam, Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat.

 

Pada pukul 12.25 tengah malam, Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan.

 

Pada pukul 12.55 malam, majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.

 

 

 

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

 

 

Peringkat negara

 

Pengamalan sistem Raja Berperlembagaan.

 

Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen.

 

Pentadbiran negara oleh kabinet.

 

Cabaran kerajaan Persekutuan untuk menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan dalam bidang profesional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan.

 

Peringkat antarabangsa

 

Mengukuhkan Kementerian Luar.

 

Menganggotai Komanwel.

 

Mengekalkan hubungan baik dengan Britain dan negara Komanwel untuk pertahanan.

 

Penyertaan dalam blok sterling.

 

Mendapat pengiktirafan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB).

 

Melibatkan diri dalam misi Pengaman PBB di Congo.

 

 

Ekonomi

 

Rancangan Malaya Pertama 1956 – 1960 meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk memajukan tanah baharu secara besar- besaran bagi tujuan pertanian dan penempatan semula masyarakat.

 

Institusi Kewangan Tempatan ditubuhkan.

 

Pembangunan Luar Bandar diberikan tumpuan.

 

Rancangan Buku Merah yang mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas dilancarkan.

 

 

Sosial

 

Sistem pendidikan kebangsaan diusahakan.

 

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Jabatan Penerangan ditubuhkan.

 

Penubuhan pusat kesihatan dan hospital.

 

Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur diberikan perhatian.

 

 

 

 

 

 

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

 

 

Wilayah Pengaruh

 

Terdiri daripada negeri-negeri yang mempunyai Sultan atau Yang Dipertua Negeri

 

 

Kerajaan

 

Mentadbir negara

 

Terbahagi kepada Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman

Dipilih melalui Pilihanraya


Kedaulatan Undang-undang

 


Memastikan kesejahteraan negara

 

Semua penduduk tertakluk di bawah undang-undang

 

 

Lambang Kebangsaan

 

Simbol perpaduan

 

Contoh: Jata Negara dan Jalur Gemilang

 

 

Rakyat

 

Mempunyai hak asasi di sisi undang-undang