BAB-4 T4

BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA (Part 1)


4.1 British Military Administration <Video>

Latar Belakang

  • British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula selepas Jepun menyerah kalah
  • BMA diarahkan oleh Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara
  • Brigedier H.C Willan bertanggungjawab untuk merancang hal ehwal awam di Tanah Melayu
  • BMA berhasrat untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat Tanah Melayu

Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan

  • Usaha BMA termasuk membubarkan pasukan MPAJA
  • BMA meminta balik senjata yang diberikan kepada MPAJA tetapi gagal
  • BMA juga gagal membanteras masalah jenayah, kongsi gelap dan ketegangan kaum


Memulihkan Kepercayaan Rakyat

  • Rakyat menghadapi kesusahan hidup seperti kekurangan bekalan makanan, wabak penyakit dan jenayah semasa pemerintahan Jepun
  • Rakyat berharapan bahawa BMA dapat menyelamatkan mereka
  • BMA berusaha mengatasi masalah yang dihadapi rakyat untuk memulihkan kepercayaan rakyat


Kegagalan BMA

  • Inflasi menyebabkan harga barangan seperti beras dan garam meningkat selepas perang
  • British gagal memulihkan sosioekonomi Tanah Melayu disebabkan masalah membawa masuk teknologi ke sini



4.2 Gagasan Malaysian Union <Video>

Latar Belakang

  • Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu
  • Menggantikan BMA yang telah gagal

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

1. Pentadbiran Malayan Union

  • Kesatuan
    • Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri disatukan di bawah satu pentadbiran
    • Tidak termasuk Singapura
  • Raja-raja Melayu
    • Sultan hanya berperanan membincangkan agama dan adat
  • Ketua Pentadbir
    • Malayan Union diketuai oleh Gabenor British
    • Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan di Malayan Union dikawal oleh Pesuruhjaya Tinggi British

2. Kewarganegaraan

  • Prinsip jus soli digunakan
    • Semua yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warganegara
    • Umur 18 ke atas: Diberikan kewarganegaraan setelah bermastautin selama 10 hingga 15 tahun
    • Umur 18 ke bawah: Diberikan kewarganegaraan bagi yang ibu bapanya merupakan warganegara


British Mendapatkan Tandatangan Sultan

H.C. Willan Merintis Jalan Menghadap Raja-raja Melayu

  • Willan ditugaskan untuk menghadap dan meninjau sokongan Raja-raja Melayu terhadap British
  • Willan berusaha untuk memastikan setiap raja Melayu yang ditemui akan menandatangani perjanjian

Misi Sir Harold MacMichael Mendapatkan Tandatangan Sultan

  • Selepas Willan menjalankan tinjauan, MacMichael datang ke Tanah Melayu untuk mendapat tandatangan Raja-raja Melayu
  • Pada mulanya, raja-raja Melayu menentang untuk menandatangani perjanjian
  • MacMichael akhirnya berjaya mendapat tandatangan Raja-raja Melayu dengan desakan dan paksaan

4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union <Video1> <Video2>

Penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union

Sebab Penentangan

1. Malayan Union merupakan penjajahan

2. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa politik


Cara Bantahan

1. Membawa Kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England

  • Kerana MacMichael mendapatkan persetujuan dengan cara tidak sah

2. Menghantar Surat Bantahan ke London

  • Kandungannya termasuk diugut untuk menandatangan
  • Tidak diberikan peluang untuk berbincang dengan penasihat negeri

3. Menyokong Kongres Melayu

  • Raja-raja Melayu menyokong Kongres Melayu yang membantah Malayan Union
  • Sultan Selangor menderma $15 ribu kepada tuan rumah Kongres Melayu Pertama dan merasmikan kongres tersebut

4. Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang Malayan Union

  • Raja Perempuan Kelsom mengetuai perarakan bersama wanita Perak di perhimpunan besar menentang Malayan Union

5. Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union

  • Raja-raja Melayu bersama rakyat memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor
  • Cara ini dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar


Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union

1. Bantahan Akhbar Melayu

  • Akhbar Melayu mengutuk Malayan Union yang merugikan orang Melayu
  • Menyeru orang Melayu membantah melalui perhimpunan besar-besaran
  • Melaporkan perkembangan menentang Malayan Union

2. Bantahan Cendekiawan

  • Bantahan daripada tokoh pentadbir Melayu dan tokoh wanita

3. Bantahan Persatuan Melayu

  • Persatuan Melayu menghimpunkan orang Melayu untuk membantah tindakan MacMichael melalui rapat umum

4. Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan Johor

  • di Kelantan: 10,000 orang berhimpun di Kota Bahru semasa MacMichael datang mendapatkan tandatangan sultan
  • di Kedah: Orang Melayu berarak di Alor Setar
  • di Johor: Dato’ Onn Jaafar memimpin 20,000 orang Melayu berhimpun menentang Malayan Union

5. Mengadakan Kongres Melayu

  • Za’ba menghubungi pemimpin-pemimpin negeri lain untuk menganjurkan Kongres Melayu yang bertahap kebangsaan
  • Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO)

6. UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar-besaran

  • UMNO mengadakan bantahan besar-besaran di seluruh negara
  • Gammans dan Rees Williams memerhati penentangan orang Melayu
  • Mereka melapor kepada British bahawa sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union tidak menyedari akibatnya


4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British <Video>

Latar Belakang

  • Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British
  • Mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan

Faktor Penyerahan Sarawak kepada British

Masalah Pewarisan Takhta

  • Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikannya sebagai raja
  • Sedangkan beliau semakin tua dan uzur

Desakan Kerajaan British

  • Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak

Masalah Kewangan

  • Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan untuk memulihkan Sarawak sekepas perang
  • Banyak kemudahan di Sarawak telah musnah


Proses Penyerahan Sarawak kepada British

1. Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke untuk menandatangani perjanjian penyerahan

2. Vyner Brooke mendapat persetujuan daripada ketua tempatan tanpa pengetahuan rakyat Sarawak

3. British mahu Vyner Brooke mendapatkan juga persetujuan Majlis Negeri dan rakyat Sarawak

4. British juga membuat tinjauan di Sarawak, hasil tinjauan:

  • Peribumi menentang penyerahan Sarawak
  • Orang Cina menyokong
  • Sesetengah penduduk tidak memahami maksud penyerahan Sarawak

5. Majlis Negeri meluluskan penyerahan Sarawak selepas membuat undian

6. Sarawak menjadi tanah jajahan British



BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA (PART 2)


4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak <Video>

Terdapat dua golongan dalam kalangan rakyat:

  • Golongan menentang penyerahan Sarawak
  • Golongan menyokong penyerahan Sarawak

Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak

Tindakan Vyner Brooke Bertengtangan dengan Perlembagaan 1941

  • Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa rakyat Sarawak akan dibimbing untuk memerintah negeri sendiri

Vyner Brooke Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke

  • Golongan menentang ingin mengekalkan pemerintahan Dinasti Brooke untuk memudahkan kemerdekaan
  • Vyner Brooke tidak berbincang dengan Anthony Brooke (Raja Muda Sarawak)

Gerard T. MacBryan Menggunakan Muslihat

  • MacBryan menggunakan desakan dan sogokan untuk mendapatkan persetujuan ketua tempatan


Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan

Mengadakan Persidangan

  • Johari Anang menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan Sarawak
  • Bertujuan untuk mengadakan demonstrasi menentang penyerahan Sarawak

Mengadakan Demonstrasi

  • Demonstrasi dilakukan ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak dari British
  • Mengangkat poster “Sarawak adalah hak kami” dan lain-lain

Meletakkan Jawatan Beramai-ramai

  • British melarang pengawai awam menyertai gerakan menentang penyerahan
  • Seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
  • 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian mereka

Bantahan Golongan Wanita

  • Cikgu Lily Eberwein mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang
  • Beliau merupakan ketua kaum ibu

Menggunakan Akhbar

  • Utusan Sarawak digunakan untuk menyebarkan antipenyerahan
  • Pengarang menggunakan tajuk yang tajam seperti “Kerajaan British Menipu Rakyat”

Menulis Surat Bantahan

  • Pergerakan Pemuda Melayu menghantar surat bantahan kepada kerajaan British
  • Anthony menentang penyerahan dengan membuat rayuan ke mahkamah tetapi ditolak

Menubuhkan Kumpulan Rukun 13

  • Rukun 13 ditubuhan secara sulit oleh Pergerakan Pemuda Melayu
  • Rukun 13 ingin menghapuskan pegawai tinggi British di Sarawak


Peristiwa Sungkit Berdarah

  • Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart (Gabenor kedua)
  • Duncan Stewart meninggal seminggu kemudian
  • Peristiwa tersebut dikenali sebagai “Sungkit Berdarah”
  • Rosli Dhoby dan pemimpin Rukun 13 dihukum gantung


Reaksi Penduduk yang Menyokong Penyerahan Sarawak

  • – Terdapat juga penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British
  • – Faktor penduduk menyokong penyerahan ialah:

Memajukan Negeri

  • Sarawak mengalami banyak kemusnahan selepas perang
  • British boleh memajukan perdagangan, pendidikan, kesihatan dan taraf hidup penduduk

Memajukan Penduduk Tempatan

  • Golongan menyokong menubuhkan Young Malay Association (YMA)
  • YMA membantu orang Melayu yang mundur dalam ekonomi, pelajaran dan agama

Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam

  • Golongan intelektual diberikan jawatan profesional dalam perkhidmatan awam
  • Ini dapat membantu Sarawak berkerajaan sendiri


4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British
      <Video>

Latar Belakang

  • Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada kerajaan British

Faktor Penyerahan Sabah kepada British

Memenuhi Kepentingan British

  • British bakal memberikan kemerdekaan kepada Sri Lanka, India dan Burma
  • Sabah dapat menggantikan jajahan tersebut untuk membekalkan bahan mentah dan kawasan pasaran

Meneruskan Dasar British dalam Hubungan Luar

  • Sabah merupakan negeri naungan British sebelum penyerahan
  • British terus menguasai perhubungan luar dan pertahanan Sabah

Masalah Kewangan SBUB

  • Jepun memusnahkan infrastruktur sebelum meninggalkan Sabah
  • SBUB tidak mampu menanggung kos pemulihan

4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah <Video>

Penyerahan Sabah tidak mendapat penentangan disebabkan:

Dasar British

British Menindas Kegiatan Berpersatuan

  • Pada awalnya, terdapat persatuan yang bergiat membangkitkan kesedaran politik
  • British melemahkan kegiatan ini dengan menawarkan jawatan kepada ahli persatuan tersebut
  • British juga memindahkan pemimpin persatuan ke bandar lain
  • Jadi, kegiatan berpersatuan semakin lemah

Mengehadkan Peluang dalam Pentadbiran

  • Menyebabkan penduduk tempatan kurang berpengalaman dalam pentadbiran


Kepentingan Sosioekonomi Penduduk Tempatan

  • Dapat membangunkan Sabah selepas perang



NOTA BAB 4 : ERA PERALIHAN KUASA BRITISH
                          DI NEGARA KITA

 

 

4.1 British Military Administration

 

 

Pada 12 September 1945, British Military Administration (BMA) diisytiharkan setelah tentera Jepun menyerah kalah. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara (1943–1946). Tugas BMA ialah: mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat.

 

 

Mengembalikan kestabilan

 

Pada 1 Disember 1945, BMA membubarkan pasukan MPAJA bertujuan memulihkan keamanan dan kestabilan

negara.

 

BMA mengarahkan semua senjata yang diberikan kepada mereka semasa pendudukan Jepun dahulu dikembalikan.

 

Namun, BMA gagal dalam usaha mengumpulkan semula senjata tersebut dan membanteras jenayah, keganasan, kongsi gelap serta masalah ketegangan kaum.

 

Memulihkan kepercayaan rakyat

 

Semasa pemerintahan Jepun, rakyat mengalami kesukaran hidup. Bekalan makanan dan ubat-ubatan sukar

didapati, sekiranya ada bekalan, harganya terlalu tinggi.

 

Rakyat berharap pentadbiran BMA dapat memulihkan kesengsaraan hidup mereka.

 

Oleh itu, BMA telah mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu bertujuan mengembalikan kepercayaan rakyat supaya menyokong kepulangan British di negara ini

 

BMA juga berusaha memulihkan kerosakan infrastruktur akibat bencana peperangan.

 

 

4.2 Gagasan Malayan Union

 

 

Ciri-ciri Malayan Union:

 

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat kecuali Singapura

disatukan menjadi satu unit pentadbiran.

 

Pentadbiran Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England.

 

Majlis Perundangan dan Majlis Eksekutif Malayan Union dibentuk di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British.

 

Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

 

Kewarganegaraan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli.

 

 

4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union

 

 

Penentangan Raja-raja Melayu Terhadap Malayan Union

 

Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England.

 

Menghantar surat bantahan ke London.

 

Menyokong Kongres Melayu.

 

Permaisuri Perak memimpin Gerakan menentang Malayan Union.

 

Memulau upacara pelantikan Gabenor Malayan Union.

 

 

Penentangan rakyat terhadap Malayan Union:

 

Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) dan Warta Malaya (Pulau Pinang)

menyuarakan bantahan dengan keras, mengecam dan mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu.

 

Cendekiawan Dato’ Onn Jaafar menggerakkan orang Melayu untuk menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi.

 

Persatuan Melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor menghimpunkan orang Melayu dari seluruh negara untuk membantah gagasan Malayan Union.

 

Di negeri Kelantan, Kedah dan Johor orang ramai berhimpun semasa kehadiran MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan.

 

Mengadakan Kongres Melayu

 

Menubuhkan UMNO yang menganjurkan bantahan secara besar-besaran

 

 

4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British

 

 

Faktor penyerahan Sarawak kepada British:

 

Masalah pewarisan takhta.

 

Desakan kerajaan British.

 

Masalah kewangan.

 

 

4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak

 

 

Faktor penentangan penyerahan Sarawak:

 

Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941.

 

Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

 

Gerald T. MacBryan menggunakan muslihat untuk mendapatkan tandatangan ketua tempatan.

 

Bentuk penentangan penduduk tempatan

 

Mengadakan persidangan bagi merancang demonstrasi. Mengadakan demonstrasi dengan membawa sepanduk dan poster dengan kata-kata “Kami membantah dengan sekeras- kerasnya atas tindakan Brooke menyerahkan

Sarawak kepada colonial Inggeris”, “Sarawak adalah hak kami”, “Leburkan colonial” dan “No Cession”.

 

Kakitangan kerajaan meletak jawatan beramai-ramai membantah Pekeliling No. 9.

 

Kaum wanita mengadakan bantahan.

 

Menggunakan akhbar seperti Utusan Sarawak.

 

Menulis surat bantahan kepada kerajaan British di London bagi menyatakan bantahan mereka terhadap penjajahan Sarawak.

 

Menubuhkan Kumpulan Rukun 13 untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak.

 

 

4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British

 

 

Faktor penyerahan Sabah kepada British:

 

Memenuhi kepentingan British.

 

Meneruskan dasar British dalam hubungan luar.

 

Masalah kewangan SBUB.

 

 

4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah

 

Penyerahan Sabah kepada kerajaan British tidak menimbulkan penentangan daripada penduduk tempatan disebabkan:

 

Dasar British yang menindas kegiatan berpersatuan serta mengehadkan peluang penduduk tempatan dalam

pentadbiran.

 

Kesedaran penduduk tempatan melihat penyerahan Sabah sebagai langkah membangunkan negeri Sabah selepas perang