BAB-2 T4
BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 1)
2.1 Maksud Nasionalisme <Video>
Maksud
- Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
- Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa dan negara
- Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada kuasa asing
Pendapat Tokoh
Hans Kohn
- Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya
Profesor William R. Roff
- Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri
- Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan faktor ekonomi
- Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat
Dato’ Onn Jaafar
- Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat
- Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
- Mengambil tempat kita yang sebenar
Dr. Burhanuddin al-Helmi
- Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat, iaitu National Fronts
- Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan Islam
Dr. R. Suntharalingam
- Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara sendiri
- Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
- Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
- Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka
- Kesetiaan kepada raja
- Berpegang pada “Tanah Melayuan”
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
- Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dan negara sendiri sebelum merdeka
2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
<Video>
Revolusi Keagungan (1688) – England
- Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
- Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
- Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda
- Raja James II melarikan diri ke Perancis
- Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
- Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange
- Bill of Rights digubal
Revolusi Amerika (1766)
- Menentang penjajahan British
- Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
- Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
- Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh yang mengenakan cukai di tanah jajahan tersebut
- Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam parlimen
- Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang terhadap British demi kemerdekaan
- Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson
- Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, penduduk berhak untuk membentuk kerajaan baharu
- Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan
Revolusi Perancis (1789)
- Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis
- Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
- Jean Jacques Rousseau
- Menulis The Social Contract
- – Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan rakyat
- – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
- – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada institusi raja dan birokrasi
- Menulis The Social Contract
- Golongan revolusi
- Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan
- Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik
- Menggulingkan Raja Louis XVI
- Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir
2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
<Video>
Nasionalisme di India
- Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British
- Titik tolak: Dahagi India 1857
- Awal:
- Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama
- Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
- Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
- Penghujung abad ke-19:
- Kemunculan golongan intelektual
- Lebih tersusun
- Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga Muslim
- Awal abad ke-20:
- Gerakan bersifat keras
- Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal
- Secara militan
- Selepas Perang Dunia Pertama:
- INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
- Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk pegangan satyagraha
- Selepas Perang Dunia Kedua:
- INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada negara India dan Pakistan
- Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral
- India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri
Nasionalisme di China
- Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada penguasaan oleh kuasa asing
- Bercorak anti-Barat
- Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu
- Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat
- Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat
- Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
- Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
i) Gerakan Islah
- Gerakan pemulihan Islam
- Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
- Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan
- Tujuan:
- Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis
- Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas daripada penjajahan
ii) Gerakan Pan-Islamisme
- Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):
- Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
- Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan
- Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme
- Empayar Uthmaniyah:
- Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme
- Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
- Contoh: Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan
Nasionalisme di Jepun
- Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat
- Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
- Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya dihormati kuasa Barat
- Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun
- Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat
- Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa inperialisme di Asia
2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara <Video>
Nasionalisme di Filipina
- Peringkat awal:
- Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
- Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol
- Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak kerajaan Sepanyol
- Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
- Lebih radikal
- Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina
- Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina
- Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama Emilio Aguinaldo
- Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
- Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina dengan bekerjasama dengan Amerika Syarikat
- Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh Anguinaldo tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat
- Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di bawah penjajahan
- Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana
- Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina
- Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Burma (Myanmar)
- Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam agama Buddha
- Persatuan Belia Buddha
- Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma
- Isu kasut digunakan
- Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma
- Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
- Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
- Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
- Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh Saya San)
- Disokong golongan petani yang terbeban dengan cukai
- Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:
- Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan India
- Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
- Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma
- – Pemimpin menggelar diri sebagai “Thaikin” yang bermaksud tuan
- – Menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma
- – Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
- Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama
Nasionalisme di Vietnam
- Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin:
- Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
- Kemunculan golongan intelektual:
- Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis ditingkatkan
- Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee diterbitkan
- – Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam
- Selepas Perang Dunia Kedua:
- Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu nasionalisme dan komunisme
- Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) pimpinan Nguyen Thai Hoc
- Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
- VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis
- – Perancis menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
- Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
- Ho Chi Minh berjaya mengisyitiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Vietnam Utara
- Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat
- Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk
Nasionalisme di Indonesia
- Awal:
- Berkisarkan isu pendidikan untuk megubah nasib rakyat
- Raden Adjeng Kartini
- – Memperjuangkan pendidikan kaum wanita
- – Karyanya Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang memundurkan bangsa Indonesia
- Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:
- Muhammadiyah
- – Mempertahankan Islam daripada ancaman sekularisme Barat
- Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI)
- – Memperjuangkan kemerdekaan
- – PNI menjadi berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno
- Kongres Pemuda Indonesia
- – Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda“
- Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
- – Dibentuk Soekarno
- – Merupakan gabungan organisasi Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan
- Muhammadiyah
Nasionalisme di Thailand
- Thailand tidak dijajah oleh negara Barat
- Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat
- Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
- Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
- Melaksanakan birokrasi Barat
- Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan
- Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
- Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
- Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan penguasaan politik oleh kerabat raja
- Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai
- Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
- Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri pentadbiran kerajaan
- Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina :
- Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang
- – Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
- – Menggalakkan penglibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi
- Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang
- Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah Jepun
BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 2)
2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
<Video>
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
- Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali daripada Portugis
- Melakukan tiga kali serangan tetapi menemui kegagalan
Perjuangan Sultan Kedah
- Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
- Baginda berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali
Perjuangan setempat
- Tokoh: Penghulu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
- Menuntut kebebasan daripada ancaman luar
- Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah
- Masyarakat terpaksa bergerak secara sederhana
Perjuangan tokoh agama
- Dibawa oleh gerakan Islah
- Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi
- Diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar
- Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub
Perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi
- Dipelopori oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu
- Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam dan Burhanuddin al-Helmi
- Perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat diteruskan walaupun menghadapi pelbagai kekangan
2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme <Video>
Peranan Agama
- Gerakan Islah
Pemimpin Gerakan Islah
Peranan Kreatif
- Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi
- Mengungkap keperitan hidup dijajah
Contoh
Media Cetak
- Akhbar dan majalah
Contoh
Sistem Pendidikan
- Penubuhan madrasah
- Pendidikan moden Islam
- Menerima idea nasionalisme dari Sumatera Barat dan pelajar pulangan dari Mesir
- Pelajar didedahkan idea falsafah Islam dan Barat
Contoh Madrasah
Contoh Institusi Pendidikan
Kemunculan Golongan Intelektual
- Hasil perkembangan sistem pendidikan
- Lepasan pendidikan Timur Tengah, Inggeris dan Melayu
Contoh golongan intelektual
Pengaruh Luar dan Serantau
- Kebangkitan Pan-Islamisme menyedarkan umat Islam
- Gerakan Islah menggesa umat Islam melakukan pembaharuan
- Kejayaan Jepun menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan
- Revolusi China menimbulkan kesedaran nasionalisme
- Perjuangan Mahatma Gandhi di India tanpa kekerasan
2.7 Perkembangan Nasionalisme
Perkembangan Golongan Intelektual
<Video1>
Intelektual Berpendidikan Agama
- Digerakkan oleh Kaum Muda
- Melalui gerakan Islah
- Agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat
- Penubuhan madrasah
- Idea disebar melalui akhbar
Tokoh Kaum Muda
Intelektual Berpendidikan Inggeris
- Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Asalnya untuk melatih anak bangsawan bagi diserap dalam kerajaan British
- Ada lepasan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan
- Mereka menuntut British dengan cara berbaik-baik supaya:
- Memperbaik taraf hidup orang Melayu
- Membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada orang Melayu dalam jabatan kerajaan
Intelektual Berpendidikan Melayu
- Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan semangat kesedaran bangsa melalui:
- Peranan guru
- Kewujudan Pejabat Karang Mengarang
- Kemasukan bahan bacaan dari Timur dan Indonesia
- Kurikulum yang menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu
- Mata pelajaran Anyaman, Kesihatan dan Sukan
- Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Boineo
- – Membawa kepada kelahiran persatuan radikal Kesatuan Melayu Muda
Perjuangan Melalui Penulisan
<Video2>
Akhbar dan Majalah
- Mengetengahkan isu-isu
- Seperti isu hak dan masa depan bangsa serta polemik Kaum Muda dengan Kaum Tua
- Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar
Akhbar Melayu
Akhbar Masyarakat Cina dan India
- Akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat HuaChiao (kaum Cina seberang laut)
- Untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita
- Menyemai perasaan cinta akan negara China
Contoh akhbar Cina
- Akhbar India memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India di negara ini
Contoh akhbar India
Karya Kreatif
- Novel, puisi dan cerpen
- Bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air
Contoh karya kreatif
Perjuangan Melalui Persatuan
<Video3>
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
- Ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah
- Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
- Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan
- Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi
- Kejayaan KMS mendoring penubuhan persatuan lain
- Mereka berkerjasama dengan British dan meminta peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
- Menggalakkan ahli untuk bersatu dan bertukar pendapat
- Berusaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan
- Mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu
- Menghimpunkan wakil persatuan Melayu untuk mengutarakan isu kebangsaan
- Kebanyakan ahli di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pengawai rendah kerajaan dan peniaga
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob
- Berjuang melalui akhbar Majlis
- Menentang British dengan gagasan Melayu Raya
- Dianggap radikal oleh British
Persatuan Masyarakat Cina dan India
- Awalnya masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan di China
- Pemimpin revolusi China, Dr. Sun Yat Sen melawat pemimpin Cina di negara kita
- Untuk mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria
- Terdapat juga masyarakat Cina yang memberi perhatian kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan seperti Cina Peranakan
- Tan Jiak Kim yang berpendidikan Inggeris menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA)
- SCBA menggalakan pelajaran tinggi dan teknikal dalam masyarakat Cina
- Tan Cheng Lock berusaha SCBA di Melaka dan menuntut peluang dalam perkhidmatan kerajaan
- Persatuan India ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu
- Persidangan India Se-Melayu diadakan untuk membincangkan isu masyarakat India
- G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)
- Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya (CIAM)
- CIAM berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah Melayu
- Masyarakat Sikh terlibat sebagai pasukan keselamatan
- Mereka menjalankan aktiviti sosial dan keagamaan di kuarters kerajaan dan gurdwara
- Persatuan Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan
- Masyarakat India Muslim ramai melibatkan diri dalam perniagaan dan pentadbiran
2.8 Kesan Perkembangsan Nasionalisme
<Video>
Politik
- Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah
- Dasar desentralisasi oleh British cuba mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
- Orang Melayu mula mementingkan bersuara melalui persatuan
- Masyarakat Cina menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama untuk membaca berita dari China
- Sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan bahasa Mandarin bagi menggantikan dialek
- Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti tersendiri dan semakin mementingkan perkembangan politik tempatan
- Nasionalisme juga menyebabkan British berhati-hati dan membuat sekatan
Ekonomi
- Membangkitkan semangat berniaga masyarakat Melayu
- Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan di Singapura
- Za’ba menyedarkan guru akan pentingnya pendidikan tinggi dan Inggeris
- Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail dan The Malaya Tribune mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara
Sosial
- Orang Melayu menulis majalah sendiri untuk mendapat peluang pendidikan
- Penggerak majalah Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan tentang kepentingan kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita
- Masyarakat India menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka
- Presiden persatuan Malayan Rubber Estata Owner, E.E.C Thuraisingham membantu perusahaan getah semasa kemelesetan ekonomi
- Masyarakat Cina mula meminta kerajaan British menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerajaan
- Tan Cheng Lock menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana belajar untuk masyarakat Cina
NOTA BAB 2 : KEBANGKITAN NASIONALISME
2.1 Maksud Nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam
terhadap bangsa dan negara.
Boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang
menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan
perjuangan.
Menentang penjajahan serta pembelaan terhadap
bangsa dan negara.
Gerakan untuk mencapai kebebasan politik,
ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.
Beberapa orang tokoh dan sejarawan telah
memberikan tafsiran mereka tentang nasionalisme.
Hans Kohn: Gerakan yang meletakkan kesetiaan
seseorang kepada negara atau bangsanya.
Profesor William R. Roff: Ketegasan orang
Melayu disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta
faktor ekonomi. Timbul disebabkan kebimbangan terhadap
sekularisme dan imperialisme Barat di Tanah Melayu.
Dato’ Onn
Jaafar: Menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdikari dan mengambil tempat kita
yang sebenar di sisi bangsa lain yang tegap dan bersatu.
Dr.
Burhanuddin al-Helmi: Perjuangan perlu ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts.
Dr. R.
Suntharalingam: Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia
untuk menubuhkan negara sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid: Kesetiaan
kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke “Tanah Melayuan”.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr.
Khoo Kay Kim: Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul
dalam negara sendiri.
2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
Berkembang hasil daripada penentangan terhadap
raja yang menindas dan menggugat hak serta kebebasan rakyat. Idea nasionalisme
dikaitkan dengan perjuangan memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa
asing.
2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Perkembangan nasionalisme di Asia
adalah kesan daripada idea nasionalisme di Barat.Penjajahan kuasa Eropah di
Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme di
India, China, Mesir, empayar
Uthmaniyah dan Jepun.
Nasionalisme di India: Merupakan reaksi penduduk
tempatan terhadap imperialisme British. Bermula dengan
kebangkitan rakyat tempatan Dahagi India 1857.
Nasionalisme di China: Nasionalisme bertujuan
mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman
penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir: lahir
daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama
Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19.
Nasionalisme di Jepun:
Digerakkan oleh pemerintah Jepun untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan
ancaman imperialisme Barat. Semasa
era Pemulihan Meiji, prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina
nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah
2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Tenggara
Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
berasaskan gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat
seperti yang berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan
Indonesia.
Namun begitu, gerakan nasionalisme di Thailand lebih bersifat menuntut
pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan daripada ancaman
imperialisme.
2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
Perkembangan nasionalisme di negara kita
berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh pejuang tempatan.
2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
Pada abad ke-20, kemunculan nasionalisme
disebabkan oleh peranan agama, penulisan kreatif dan media cetak. Golongan
intelektual dan pengaruh luar serta serantau lahir daripada perkembangan sistem
pendidikan bagi menyemarakkan nasionalisme menentang penjajah.
2.7 Perkembangan Nasionalisme
Perkembangan nasionalisme dapat dilihat melalui:
Perkembangan nasionalisme yang dipelopori oleh
golongan intelektual.
Perkembangan nasionalisme ditinjau melalui
penulisan oleh golongan guru, penulis dan wartawan yang menghasilkan karya
seperti akhbar, majalah, novel,
cerpen serta puisi.
Perkembangan nasionalisme melalui kewujudan
pertubuhan atau persatuan bersifat sosioekonomi dan politik.
2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
Dalam bidang politik, perjuangan KMS berjaya meningkatkan jumlah orang Melayu
dalam Malayan Civil Service
(MCS) daripada tujuh orang kepada 20 orang pada
tahun 1937.
Masyarakat Cina di Tanah Melayu turut menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama bertujuan menyebarkan
berita yang berlaku di negara China. Menjelang tahun 1921, banyak sekolah Cina
menggunakan bahasa Mandarin untuk menggantikan dialek lain di sekolah Cina.
Masyarakat India yang lahir
di Tanah Melayu lebih gemar dikenali sebagai “the
Strait born people” telah berusaha
membentuk identiti tersendiri yang mementingkan perpaduan serta mula melihat
perkembangan politik di Tanah Melayu.
Contoh soalan Bab 2
1) Jelaskan/huraikan/bincangkan
latar belakang perkembangan
nasionalisme di Barat.
Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada
penentangan terhadap pemerintahan beraja
Simbol penindasan yang menggugat hak dan
kebebasan rakyat.
Contoh nasionalisme anti raja ialah Revolusi
Keagungan di England dan Revolusi Perancis
Perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada
penjajahan kuasa asing seperti Revolusi Amerika.
2) Bincangkan/jelaskan/huraikan perkembangan
nasionalisme di Indonesia.
Nasionalisme awal berkisarkan isu pendidikan
untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda. Dipelopori Raden Adjeng Kartini yang memperjuangkan
kemajuan pendidikan wanita. Karya Kartini, Hilang Gelap Terbitlah Terang
dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1911. Karya ini mendedahkan dasar diskriminasi
Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia.
Nasionalisme seterusnya berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih
tersusun Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam daripada
ancaman sekularisme
Barat. Nasionalisme
menjadi semakin radikal dengan penubuhan parti politik yang memperjuangkan
kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI), Partai
Komunis Indonesia (PKI) dan Partai
Nasionalis Indonesia (PNI)
3) Jelaskan/huraikan/bincangkan
perjuangan nasionalisme oleh Sultan Kedah dan tokoh-tokoh lain
Perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah merupakan
perjuangan terawal menentang British di Kedah. Baginda berusaha untuk
mendapatkan kembali Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada wilayah
Kedah
daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh,
Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong bersungguh-sungguh
menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Perjuangan mereka bersifat setempat, namun selari dengan erti nasionalisme.
Perjuangan membebaskan negara daripada ancaman luar dan mendaulatkan wilayah
masing-masing. Reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah telah
memaksa nasionalis kita bergerak secara sederhana.
4) Perjuangan gerakan
nasionalisme golongan intelektual memberikan kesan kepada masyarakat di negara kita. Mengapakah
hal ini boleh berlaku?
Golongan intelektual memberikan idea yang bernas
Bijak dalam komunikasi
Memahami maklumat yang disampaikan dengan mudah
Menerapkan nilai-nilai pengorbanan yang tinggi
seperti mempertahankan kedaulatan negara
Kesimpulannya perjuangan
golongan intelektual meninggalkan kesan kepada masyarakat di negara ini kerana
mereka mempunyai hala tuju yang jelas
5) Cadangkan langkah-langkah untuk menggalakkan
murid sekolah bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan.
Mewajibkan setiap murid menyertai persatuan
Menjadikan kegiatan persatuan lebih menarik
Melaksanakan penilaian kokurikulum dari semasa
ke semasa
Mengadakan pelbagai pertandingan dalam persatuan
atau antara persatuan seperti pertandingan kuiz, explore race
Kesimpulannya setiap persatuan perlu melaksanakan
pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar
2.1 Maksud Nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam
terhadap bangsa dan negara.
perjuangan.
Beberapa orang tokoh dan sejarawan telah
memberikan tafsiran mereka tentang nasionalisme.
2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
Berkembang hasil daripada penentangan terhadap
raja yang menindas dan menggugat hak serta kebebasan rakyat. Idea nasionalisme
dikaitkan dengan perjuangan memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa
asing.
2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Perkembangan nasionalisme di Asia
adalah kesan daripada idea nasionalisme di Barat.Penjajahan kuasa Eropah di
Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme di
India, China, Mesir, empayar
Uthmaniyah dan Jepun.
kebangkitan rakyat tempatan Dahagi India 1857.
2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Tenggara
Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
berasaskan gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat
seperti yang berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan
Indonesia.
Namun begitu, gerakan nasionalisme di Thailand lebih bersifat menuntut
pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan daripada ancaman
imperialisme.
2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
Perkembangan nasionalisme di negara kita
berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh pejuang tempatan.
2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
Pada abad ke-20, kemunculan nasionalisme
disebabkan oleh peranan agama, penulisan kreatif dan media cetak. Golongan
intelektual dan pengaruh luar serta serantau lahir daripada perkembangan sistem
pendidikan bagi menyemarakkan nasionalisme menentang penjajah.
2.7 Perkembangan Nasionalisme
Perkembangan nasionalisme dapat dilihat melalui:
2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
(MCS) daripada tujuh orang kepada 20 orang pada
tahun 1937.
Contoh soalan Bab 2
1) Jelaskan/huraikan/bincangkan
latar belakang perkembangan
nasionalisme di Barat.
2) Bincangkan/jelaskan/huraikan perkembangan
nasionalisme di Indonesia.
Nasionalisme awal berkisarkan isu pendidikan
untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda. Dipelopori Raden Adjeng Kartini yang memperjuangkan
kemajuan pendidikan wanita. Karya Kartini, Hilang Gelap Terbitlah Terang
dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1911. Karya ini mendedahkan dasar diskriminasi
Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia.
Nasionalisme seterusnya berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih
tersusun Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam daripada
ancaman sekularisme
Barat. Nasionalisme
menjadi semakin radikal dengan penubuhan parti politik yang memperjuangkan
kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI), Partai
Komunis Indonesia (PKI) dan Partai
Nasionalis Indonesia (PNI)
3) Jelaskan/huraikan/bincangkan
perjuangan nasionalisme oleh Sultan Kedah dan tokoh-tokoh lain
daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
4) Perjuangan gerakan
nasionalisme golongan intelektual memberikan kesan kepada masyarakat di negara kita. Mengapakah
hal ini boleh berlaku?
5) Cadangkan langkah-langkah untuk menggalakkan
murid sekolah bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan.