BAB-4 T5

 

BAB 4 SISTEM PERSEKUTUAN



                    


Pembentukan Sistem Persekutuan Malaysia

  • 1896 – Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan
  • 1946 – Malayan Union diperkenalkan
  • 1948 – Persekutuan Tanah Melayu terbentuk
  • 1957 – Kemerdekaan persekutuan
  • 1963 – Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu


Kuasa Kerajaan Persekutuan < Video >

  • Pertahanan
  • Kewangan
  • Pelajaran
  • Kesihatan
  • Kewarganegaraan


Kuasa Kerajaan Negeri

  • Undang-undang Islam
  • Pertanian dan perhutanan


Senarai Bersama (Kuasa Bersama) 

  • Kebajikan awam
  • Sukan dan kebudayaan
  • Perumahan


Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
< Video >

Pembangunan Tanah

  • FELDA: Menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri
  • FELCRA: Membangunkan tanah kerajaan negeri yang terbiar

Pemuliharaan Khazanah Negara

  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diperkenalkan
  • Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab untuk mengurus taman laut

Penyediaan Perumahan Rakyat

  • Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan ditubuhkan
  • Kerajaan negeri menjual tanah kepada Kerajaan Persekutuan dengan harga murah
  • Program-program perumahan mampu milik diperkenalkan


Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan
< Video >

Keluhuran Perlembagaan

  • Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi
  • Undang-undang digubal Parlimen dan DUN tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan
  • Undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri jika terdapat percanggahan

Penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri

  • Majlis Negara ditubuhkan untuk menyelaraskan kerajaan persekutuan dengan negeri
  • Majlis yang termaktub dalam perlembagaan
    • Majlis Kewangan Negara
    • Majlis Tanah Negara
    • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
  • Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan
    • Majlis Keselamatan Negara
    • Majlis Air Negara
    • Majlis Perumahan Negara