BAB-3 T4

BAB 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA (Part 1)

3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia

  • Sejak awal abad ke-20, British berusaha membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah
  • British memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam 1904 dengan persetujuan Raja-raja Melayu
  • Sesiapa yang mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan boleh dihukum penjara
  • British juga memperkenalkan dua badan penyiasat:
    • Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department)
    • Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)
  • British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu kepada empayar Uthmaniyah
  • Empayar Uthmaniyah dianggap pelindung umat Islam dan penaung tanah suci Mekah dan Madinah
  • Kegagalan penentangan bersenjata Tok Janggut menyebabkan masyarakat mengubah strategi
  • Akhbar dan majalah digunakan untuk meniupkan kesedaran kebangsaan
  • Namun, kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara terang-terangan di bawah undang-undang British


3.2 Latar Belakang Perang Dunia

Perang Dunia Pertama

Faktor-faktor berikut mencetuskan Perang Dunia Pertama

Persaingan Kuasa Imperialis

  • Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan persaingan kuasa imperialis di Eropah
  • Untuk mendapatkan tanah jajahan demi bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah

Pakatan Ketenteraan

  • Kuasa Eropah dibahagikan kepada pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
  • Negara dalam pakatan bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang

Krisis Rantau Balkan

  • Austra-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb
  • Kemuncak ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pemuda Serbia


Berakhir Perang Dunia Pertama

Persidangan Damai Paris

  • Membincangkan syarat perdamaian selepas perang
  • Meamastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman keamanan Eropah
  • Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson dengan prinsip:
    • Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
    • Sempadan negara berasaskan bangsa
  • Cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian

Perjanjian Versailles

  • Ditandangtangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman
  • Jerman dikehendaki:
    • Bertanggungjawab terhadap kemusnahan
    • Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
    • Mengehadkan saiz angkatan tentera
    • Menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga
  • Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan untuk menggalakan keamanan dan kerjasama antarabangsa


Kesan Perang Dunia Pertama

Keruntuhan Pemerintahan Beraja

  • Jerman: Kaiser Wilhem II turun takhta dan kerajaan Republik Jerman didirikan
  • Austria-Hungary: Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan
  • Russia: Pemerintahan Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan komunis terbentuk di bawah pimpinan Vladimir Lenin
  • Empayar Uthmaniyah: Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan dan kerajaan bercorak republik diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk terbentuk

Kemunculan Negara Baharu

  • Negara tertentu berpecah kepada beberapa negara
    • Austria-Hungary -> Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia
    • Russia -> Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania
    • Empayar Uthmaniyah -> Lebanon, Syria dan Iraq

Kesan terhadap Negara Kita

  • Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang memberi taat setia kepada kerajaan British
  • British membentuk Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera sekirannya memerlukan
  • Wang hasil bijih timah dan getah digunakan oleh British untuk membiayai operasi dalam Perang Dunia Pertama

3.3 Perang Dunia Kedua

Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah

Kemunculan Ideologi Baharu

Fasisme

  • Di Itali
  • Dipimpin oleh Benito Mussolini
  • Parti Fasis menguasai kerajaan Itali pada 1922
  • Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu
  • Percaya bahawa berperang meningkatan imej negara

Nazisme

  • Di Jerman
  • Dipimpin oleh Adolf Hitler
  • Parti Nazi menguasai kerajaan Jerman pada 1933
  • Mengagungkan bangsa Jerman
  • Mengetepikan Perjanjian Versailles
  • Membina angkatan tentera semula

Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles

  • Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil
  • Kehilangan tanah jajahan, pampasan perang tinggi menyebabkan kemelesetan ekonomi Jerman
  • Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

  • Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan
  • Krisis Liga Bangsa-Bangsa
    • Krisis Manchuria: Jepun menakluki Manchuria
    • Perjanjian Pelucutan Senjata: Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesar angkatan tenteranya
    • Krisis Habsyah: Itali menyerang Habsyah


Perang Dunia Kedua di Eropah

Kuasa PaksiKuasa Bersekutu
Jerman
Itali
Jepun
Britain
Amerika Syarikat
Perancis

Pernaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

  • Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada 1939
  • Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat) terhadap negara di Eropah Barat
  • Jerman menguasai hampir semua negara di Eropah Barat

Pengeboman Britain

  • Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain
  • Pelabuhan, kawasan perindustian dan pertahanan Britain dimusnahkan

Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah

  • Itali bersekutu dengan Jerman
  • Itali menyerang Perancis dari selatan manakala Jerman menyerang Perancis dari utara

Serangan Jerman ke atas Russia

  • Jerman melancarkan Operasi Barbarossa (serangan besar-besaran) terhadap Rusia
  • Disebabkan Hitler ingin menguasai seluruh Eropah


Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah (Kemenangan Kuasa Bersekutu)

Kerjasama Kuasa Besar

  • Amerika Syarikat, Britain dan Rusia berkerjasama
  • Tentera Bersekutu beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang deketuai Amerika Syarikat

Keberkesanan Strategi Serangan

  • Kegagalan Operasi Menawan Rusia
    • Tentera Jerman kehabisan peluru dan makanan disebabkan tempoh perang yang panjang
    • Jeneral Jerman mengingkari perintah Hitler untuk terus berperang dan menyerah kalah
  • Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu
    • Dalam operasi “D-Day”, tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis
    • Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat
    • Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah


3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

Peluasan Kuasa Jepun

Dasar Peluasan Kuasa Jepun

  • Keperluan perindustrian
    • Untuk mendapatkan bahan mentah
    • Mengurangkan pergantungan kepada Barat
  • Pengaruh golongan tentera
    • Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
    • Jepun semakin agresif apabila tentera menguasai politik
    • Berpendapat masalah ekonomi dapat diselesaikan dengan menakluki kawasan yang kaya dengan bahan mentah
  • Orde baharu Asia
    • Mewujudkan order baharu di Asia
    • Asia sebagai satu blok ekonomi

Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun

  • Peluasan kuasa Jepun mendapat reaksi kuasa Bersekutu
  • Kuasa Bersekutu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun
  • Menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah

Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan

  • Merupakan jalan keluar daripada sekatan ekonomi
  • Disebabkan kawasan wilayah selatan kaya dengan bahan mentah
    • Seperti bijih timah, getah, bauksit dan petroleum


Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

  • Bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour (Hawaii)
  • Seterusnya menyerang wilayah jajahan kuasa Bersekutu
  • Jepun membentuk empayar yang luas dengan strategi yang berkesan

BAB 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA (Part 2)

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
 < Video1 >   <Video2>   <Video3 >   < Video >

  • Jepun menggunakan propaganda “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia”
  • Bertujuan menanamkan semangat antipenjajah Barat
  • Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia
  • Tentera Jepun menggunakan strategi serangan kilat

Eksploitasi Sumber Bahan Mentah

  • Untuk keperluan perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji

  • Contoh Bahan Mentah



Kepentingan Strategik Ketenteraan

  • Penguasaan Singapura: Membuka laluan ke telaga minyak di Sumatera
  • Penguasaan Pulau Borneo: Membantu penaklukan Jepun di Pulau Jawa


Serangan Jepun terhadap Negara Kita

  • Bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun
  • Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura berjaya ditawan


3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

Dasar Pentadbiran

Pentadbiran Tentera Jepun

  • Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu
  • Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan pentadbirannya pada awal dan diasingkan kemudian
  • Singapura: dikenali Syanan-to (Pulau Cahaya Selatan)
  • Tanah Melayu: dikenali Malai Baru (Melayu Baru)
  • Sarawak, Sabah dan Brunei: digabungkan dan dikenali sebagai Kita Boruneo
  • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran Thailand

Dasar terhadap Raja-raja Melayu

  • Raja-raja Melayu:
    • Diiktiraf kedudukan sebagai ketua agama dan adat Melayu
    • Diberi bayaran pencen
    • Diawasi oleh Gabenor Jepun

Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan

  • Menaikkan pangkat pemimpin tempatan yang berpengalaman
  • Untuk mengatasi kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk
  • Koa Kunrenjo ditubuh untuk menanamkan semangat perjuangan politik Jepun


Dasar Ekonomi

  • Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan
    • Untuk membangunkan industri tempatan
    • Memastikan penggunaan optimum peralatan
  • Mata wang Jepun menggantikan wang British


Dasar Sosial

Pendidikan

  • Menutup sekolah Inggeris dan Cina
    • Bangunan digunakan untuk tentera Jepun
  • Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
    • Untuk membentuk persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu)
    • Mencapai teknologi industri
    • Menerapkan nilai Jepun
  • Melalui pendidikan, tentera Jepun berusaha:
    • Memupuk nasionalisme Asia
    • Menghapuskan pengaruh Barat
    • Menanam kesetiaan kepada Jepun

Sikap Jepun terhadap Agama

  • Tentera Jepun tidak campur tangan dalam agama dan adat Melayu
  • Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan
  • Bagi membendung penentangan terhadap pendudukan Jepun

Catuan dan Penghasilan Makanan

  • Catuan makanan dikuatkuasakan
    • Untuk mengawal penjualan barangan asas seperti beras dan gula
    • Akibat kekurangan makanan
  • Kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk menggalakkan penanaman makanan sendiri

Layanan terhadap Penduduk

  • Layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi yang bekerjasama
    • Untuk mendapat sokongan dan melicinkan pemerintahan
  • Membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India
    • Untuk mendapatkan kerjasama dalam rancangan menguasai negara India
  • Layanan kejam terhadap orang Cina lanjutan permusuhan Perang China-Jepun
    • Dipaksa membayar sejumlah wang
  • Landasan Kereta Api Maut merupaan bukti kekejaman pentadbiran tentera Jepun
    • Terdapat orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh membina landasan kereta api
    • Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan dan suasana buruk


3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Air

  • Rejimen Askar Melayu bersama tentera British menentang tentera Jepun di Kelantan dan Singapura


Force 136

  • Ditubuhkan oleh British
  • Mendapat latihan di India dan Sri Lanka
  • Dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila
  • Bekerjasama dengan gerila Melayu:
    • Mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan menyebarkan propaganda
    • Membuat persiapan untuk British melancarkan Operasi Zipper

    • Anggota Awal



Penentangan MPAJA

  • Sebahagian orang Cina mencari perlindingan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM)
  • Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan oleh PKM:
    • Diberikan latihan oleh British
    • Untuk menjadi pasukan gerila terhadap Jepun

Kerjasama MPAJA dan Force 136

  • MPAJA pernah membuat perjanjian kerjasama dengan Force 136 yang mewakili tentera British
  • MPAJA memperoleh bantuan seperti senjata, ubat-ubatan dan kewangan

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA

  • Gerila Cina dari Parti Kuomintang (PKT) bersetuju bekerjasama dengan MPAJA


Penentangan Individu

Gurchan Singh

  • Menngunakan nama samaran “Lion of Malaya”
  • Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur
  • Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan dan:
    • Melakukan sabotaj landasan terhadap kerata api
    • Berjaya menjejaskan pengangkutan tentera Jepun

Sybil Kathigasu

  • Seorang jururawat
  • Mengendalikan sebuah klinik di Ipoh dengan suaminya Dr. Abdon
  • Memberi bantuan ubat-ubtan kepada gerila anti-Jepun
  • Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dengan gerila anti-Jepun
  • Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera Jepun


Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah

Operasi Semut

  • Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak
  • Melatih orang tempatan menjadi pasukan gerila anti-Jepun (dipanggul gerila Semut)
  • Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi Sarawak penting dalam merancang taktik perang gerila

Pemberontakan Jesselton

  • Juga dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth
  • Diketuai oleh Albert Kwok di Sabah
  • Kumpulan Albert Kwok menyerang dan membunuh tentera Jepun di Jesselton (kini Kota Kinabalu)
  • Tentera Jepun melakukan serang balas dengan pantas dan kejam:
    • Perkampungan diserang dan dibom
    • Penduduk disoal siasat dan diseksa sehingga mati dalam pencarian anggota pemberontakan
  • Albert Kwok dengan anggotanya menyerah diri
    • Berharap dapat menamatkan serangan balas tentera Jepun
    • Albert Kwok dan 175 orang lain dihukum bunuh
    • 131 orang lagi dipenjarakan
  • Terdapat juga gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun di Sabah


3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

Perkembangan Semangat Antipenjajah

  • Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya”
  • Kesatuan Melayu Muda (KKM) bekerjasama dengan Jepun agar memerdekaan Tanah Melayu


Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu

  • Jepun membenarkan kegiatan KMM untuk mendapat sokongan penduduk tempatan
  • Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia
  • KRIS disokong oleh Jepun
  • Perjuangan KRIS gagal kerena Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua


Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah

  • Orang Melayu dan Iban mendapat jawatan pegawai akibat kekurangan pegawai Jepun
  • Keyakinan penduduk tempatan untuk mentadbir sendiri meningkat



3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua

  • Amerika syarikat menjatuhkan bom atom terhadap Jepun
  • Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua berakhir
  • Tentera British mendarat semula ke Tanah Melayu


Penguakuasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu

Latar Belakang

  • Sebelum British mendarat, Bintang Tiga PKM mengambil alih kuasa di Tanah Melayu selama 14 hari
  • Mereka menguasai bangunan pentadbiran dan memperkenalkan undang-undang sendiri

Tindak Balas Orang Melayu

  • Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam
  • Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan diri sendiri
  • Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga di Johor

Kompromi dan Usaha Perundingan

  • Usaha Dato’ Onn Jaafar:
    • Dato’ Onn Jaafar menyusun perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga
    • Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan dan Bintang Tiga berhenti penguasaan terhadap Balai Polis Batu Pahat
    • Kompromi tersebut merupakan usaha untuk mengembalikan keamanan di Johor
  • Peranan Raja-raja Melayu:
    • Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan untuk berhenti pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di daerah-daerah mereka
    • Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu untuk menjalankan pemulihan selepas perang

Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah

  • Ketegangan antara kaum berlaku di Sarawak sebelum tentera Australia mendarat
  • Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina yang menyokong Jepun di Kanowit
  • Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di Kuching dan berjaya mengelakkan pertumpahan darah antara kaum




NOTA BAB 3 : KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN
                          JEPUN DI NEGARA KITA


 

3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia

 

 

Kebangkitan orang Melayu menentang campur tangan British mencetuskan nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia. British menentang keras gerakan awal tersebut.

 

 

Kesedaran awal nasionalisme

 

British membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah sejak awal abad ke-20.

 

Enakmen Undang-Undang Islam 1904 diperkenalkan dengan persetujuan British dan Raja-raja Melayu bagi memastikan sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara.

 

Badan penyiasat ditubuhkan, iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Deparment) dan Biro Siasatan

Politik (Political Intelligence Bureau) bertujuan mengawal gerakan Islah Islamiah.

 

 

 

3.2 Latar Belakang Perang Dunia

 

 

Perang Dunia Pertama

 

 

Peperangan berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa kepada persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing.

 

 

Faktor-faktor Perang Dunia Pertama

 

Persaingan kuasa imperialis berikutan perkembangan Revolusi Industri.

 

Pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga akibat daripada permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah.

 

Krisis rantau Balkan yang membawa kepada pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya, Sophie oleh seorang pemuda Serbia.

 

Penglibatan Amerika Syarikat membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918.

 

Persidangan Damai Paris (18 Januari 1919) Membincangkan syarat perdamaian selepas perang agar Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Persidangan melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow

Wilson, cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian.

 

Perjanjian Versailles (28 Jun 1919) memutuskan Jerman dikehendaki

Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang.

 

Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.

 

Mengehadkan saiz angkatan tentera.

 

Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.

 

 

Kesan Perang Dunia Pertama

 

Keruntuhan pemerintahan beraja di Eropah.

 

Kemunculan negara baharu berikutan keruntuhan Austria-Hungary, perpecahan empayar Rusia dan empayar

Uthmaniyah.

 

 

Kesan terhadap negara kita

 

Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British.

 

3.3 Perang Dunia Kedua (1939 – 1945)

 

 

Perang Dunia Kedua berlaku di dua medan pertempuran:

 

Pertempuran di Eropah tertumpu di negara Eropah dan utara Afrika.

 

Pertempuran di Asia Pasifik tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.

 

 

Peperangan melibatkan dua pakatan, iaitu:

 

Kuasa Paksi yang dianggotai oleh Jerman, Itali dan Jepun.

 

Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Rusia dan kemudian disertai oleh Amerika Syarikat.

 

 

Faktor-faktor Perang Dunia Kedua di Eropah:

 

Kemunculan ideologi baharu di Itali dan Jerman.

 

Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles.

 

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama.

 

 

 

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941 – 1945)

 

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik juga dikenali sebagai Perang Pasifik.

 

Pertempuran berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.

 

Perang Pasifik berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera yang melaksanakan imperialisme di rantau Asia Pasifik

 

Peluasan Kuasa Jepun

 

Dasar peluasan kuasa Jepun berikutan kejayaan dasar pembaharuan Meiji membawa pemodenan di Jepun.

 

Sekatan ekonomi terhadap Jepun setelah Jepun menduduki Korea (1910), Manchuria (1932) dan China (1937).

 

Rancangan penaklukan wilayah di selatan untuk menguasai bijih timah, getah, bauksit dan petroleum.

 

 

 

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

 

Eksploitasi sumber bahan mentah.

 

Kepentingan strategik ketenteraan.

 

 

3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

 

 

Dasar pentadbiran

 

Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.

 

Mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.

 

Memberikan peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi.

 

Dasar ekonomi

 

Melaksanakan sistem ekonomi kawalan.

 

Mata wang Jepun (wang pokok pisang) dicetak tanpa kawalan.

 

 

Dasar sosial

 

Menutup semua sekolah Inggeris dan sekolah Cina dan memperkenalkan sistem persekolahan Jepun.

 

Menghormati agama Islam dan adat Melayu.

 

Memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk mengawal bekalan barangan.

 

Memberikan layanan yang berbeza kepada penduduk.

 

 

 

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

 

 

Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Air

 

Rejimen Askar Melayu bersama tentera British menentang tentera Jepun di Kelantan dan Singapura

 

 

Force 136

 

Ditubuhkan oleh British

 

Mendapat latihan di India dan Sri Lanka

 

Dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila

 

Bekerjasama dengan gerila Melayu:

 

Mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan menyebarkan propaganda

Membuat persiapan untuk British melancarkan Operasi Zipper

 

 

Penentangan MPAJA

 

Sebahagian orang Cina mencari perlindingan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM)

 

Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan oleh PKM:

 

Diberikan latihan oleh British

 

Untuk menjadi pasukan gerila terhadap Jepun

 

 

Kerjasama MPAJA dan Force 136

 

MPAJA pernah membuat perjanjian kerjasama dengan Force 136 yang mewakili tentera British

 

MPAJA memperoleh bantuan seperti senjata, ubat-ubatan dan kewangan

 

 

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA

 

Gerila Cina dari Parti Kuomintang (PKT) bersetuju bekerjasama dengan MPAJA

 

 

Penentangan Individu

 

Gurchan Singh

Mengunakan nama samaran “Lion of Malaya”

 

Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur

 

Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan dan: Melakukan sabotaj landasan terhadap kereta api, Berjaya menjejaskan pengangkutan tentera Jepun

 

Sybil Kathigasu

Seorang jururawat

 

Mengendalikan sebuah klinik di Ipoh dengan suaminya Dr. Abdon

 

Memberi bantuan ubat-ubtan kepada gerila anti-Jepun

 

Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dengan gerila anti-Jepun

 

Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera Jepun

 

 

Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah

 

Operasi Semut

Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak

 

Melatih orang tempatan menjadi pasukan gerila anti-Jepun (dipanggul gerila Semut)

 

Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi Sarawak penting dalam merancang taktik perang gerila

 

 

Pemberontakan Jesselton

 

Juga dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth

 

Diketuai oleh Albert Kwok di Sabah

 

Kumpulan Albert Kwok menyerang dan membunuh tentera Jepun di Jesselton (kini Kota Kinabalu)

 

Tentera Jepun melakukan serang balas dengan pantas dan kejam: Perkampungan diserang dan dibom, Penduduk disoal siasat dan diseksa sehingga mati dalam pencarian anggota pemberontakan

 

Albert Kwok dengan anggotanya menyerah diri. Berharap dapat menamatkan serangan balas tentera Jepun, Albert

Kwok dan 175 orang lain dihukum bunuh. 131 orang lagi dipenjarakan

 

Terdapat juga gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun di Sabah

 

 

 

3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

 

 

Perkembangan Semangat Antipenjajah

 

Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya”

 

Kesatuan Melayu Muda (KKM) bekerjasama dengan Jepun agar memerdekaan Tanah Melayu

 

 

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu

 

Jepun membenarkan kegiatan KMM untuk mendapat sokongan penduduk tempatan

 

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia

 

KRIS disokong oleh Jepun

 

Perjuangan KRIS gagal kerena Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua

 

 

Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah

 

Orang Melayu dan Iban mendapat jawatan pegawai akibat kekurangan pegawai Jepun

 

Keyakinan penduduk tempatan untuk mentadbir sendiri meningkat

 

 

 

3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

 

 

Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua

 

Amerika syarikat menjatuhkan bom atom terhadap Jepun

 

Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua berakhir

 

Tentera British mendarat semula ke Tanah Melayu

 

 

Penguatkuasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu

 

Sebelum British mendarat, Bintang Tiga PKM mengambil alih kuasa di Tanah Melayu selama 14 hari

 

Mereka menguasai bangunan pentadbiran dan memperkenalkan undang-undang sendiri

 

Tindak Balas Orang Melayu

 

Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam

 

Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan diri sendiri

 

Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga di Johor

Kompromi dan Usaha Perundingan

 

 

Usaha Dato’ Onn Jaafar:

 

Dato’ Onn Jaafar menyusun perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga

 

Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan dan Bintang Tiga berhenti penguasaan terhadap Balai Polis

Batu Pahat

 

Kompromi tersebut merupakan usaha untuk mengembalikan keamanan di Johor

 

 

Peranan Raja-raja Melayu:

 

Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan untuk berhenti pergaduhan antara orang Melayu dengan orang

Cina di daerah-daerah mereka

 

Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu untuk menjalankan pemulihan selepas perang

 

 

Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah

 

Ketegangan antara kaum berlaku di Sarawak sebelum tentera Australia mendarat

 

Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina yang menyokong Jepun di Kanowit

 

Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di Kuching dan berjaya mengelakkan pertumpahan darah antara kaum