BAB-6 T4
BAB 6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita <Video>
Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
- Ideologi komunis mula dibawa masuk oleh Parti Kuomintang (KMT) dari China
- Cawangan KMT ditubuhkan di negeri Melayu untuk menyebarkan pengaruh komunis
- The Communist International (Comintern) dari Moscow juga mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) di sini
- Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu iaitu Parti Komunis Malaya (PKM) kerana PKN tidak berjaya
Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia
- Partai Komunis Indonesia (PKI) membuka cawangan di Tanah Melayu setelah gagal menguasai Pulau Jawa
- Tidak mendapat sambutan orang Melayu kerana mereka menggunakan kekerasan
Penubuhan Parti Komunis Malaya
- PKM semasa zaman pendudukan Jepun:
- Bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun
- Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) dan Bintang Tiga
- Menerima bantuan senjata dan perubatan daripada British
- PKM mengambil peluang selepas Jepun menyerah kalah disebabkan kelewatan British kembali ke Tanah Melayu
- Mereka melakukan kekejaman terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersuhabat dengan Jepun
- Apabila British Military Administration (BMA) mengambil alih pentadbiran, MPAJA dibuburkan tetapi PKM masih dibenarkan bergerak
- Pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara
- Justeru British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 untuk menyekat komunis dan akhirnya mengharamkan PKM
6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita <Video>
Perisytiharan Darurat
- PKM melancarkan perjuangan bersenjata untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu
- Komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Perak
- Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu
Tindakan Komunis
Melumpuhkan Ekonomi
- Komunis menyerang lombong bijih timah dan ladang getah untuk melemahkan ekonomi British
Merosakkan Infrastruktur
- Komunis merosakkan kemudahan asas seperti:
- Landasan kereta api
- Kemudahan telefon dan telegraf
- Mereka juga menyerang pekerja awam yang membaiki jalan raya dan sistem perairan
Mengancam Keselamatan Rakyat
- Komunis menganiaya dan membunuh penduduk yang tidak mahu bekerjasama
- Komunis mencampakkan bom tangan di Kampar, Perak
- Menyebabkan 46 kecederaan parah dan 4 kematian
Mengancam Pasukan Keselamatan
- Komunis menyerang balai polis
- Untuk mencetuskan huru-hara dan menunjukkan kerajaan tidak berupaya melindungi rakyat
6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis
<Video>
Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
- Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam komunis tanpa perbicaraan
- Hukuman berat terhadap yang membantu komunis
- Hukuman mati terhadap yang membawa senjata api
- Memeriksa rumah kediaman dan memagar kampung
- Mengharamkan PKM dan parti politik radikal
- Menangkap pemimpin gerakan radikal
Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
Polis
- Cawangan Khas
- Ditubuhi oleh Guy C. Madoc sebagai badan perisikan
- Anggota menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan maklumat
- Special Constables (SC)
- Barisan hadapan menghadapi komunis
- Mengawal ladang dan kawasan lombong
- Polis Hutan
- Memburu komunis dan meronda di hutan
- Polis Wanita
- Barbara D.R. Wentworth (polis wanita pertama) dilantik untuk melatih dan menyusun pasukan polis wanita
- Senoi Praaq (Urang Perang)
- Dikenali sebagai Urang Perang dalam bahasa Semai
- Dianggotai oleh Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan
- Tugasnya mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan
- Auxiliary Police (AP)
- Tugasnya menbantu polis menentang komunis
- Mereka mempertahankan bandar dan kampung
Tentera
- Pasukan Askar Melayu
- Melawan gerila komunis di dalam hutan
- Berjaya memusnahkan kubu komunis
- Pasukan Askar Komanwel
- Kerajaan membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel
- Seperti dari Britain, Australis, New Zealand dan India
- Sarawak Rangers
- Terdiri daripada orang Iban
- Mahir dalam selok-belok hutan
- Cogan kata “Agi Idup Agi Ngelaban” (bermaksud “Selagi hidup selagi melawan”)
Sukarelawan
- Home Guard
- Tugasnya melindungi kampung dan pekerja lombong bijih timah
- Mereka juga membantu menyekat pergerakan makanan dan ubatan komunis
Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
- Sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan diperkenalkan
- Semua yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri
- Kad pengenalan diwajibkan dibawa bersama di mana-mana
- Memudahkan proses membezakan orang awam dengan komunis
Rancangan Briggs
- Diketuai oleh Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
- Untuk memutuskan hungan PKM dengan Min Yuen
- Min Yuen ialah satu pertubuhan yang membekalkan makanan dan senjata kepada PKM
Tawaran Pengampunan
- Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri
- Cara pengisytiharan disiarkan:
- Melalui penyiaran Radio Malaya
- Risalah dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil
- Iklan dan wayang gambar
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
- Dimulakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
- Penduduk berbilang kaum diseru menyertai secara sukarela
- Kempen ini mengeratkan hubungan antara kaum
Perintah Berkurung
- Penduduk dilarang keluar dari rumah dalam tempoh tertentu
- Memudahkan operasi memburu komunis
Perang Saraf
Templer melaksanakan perang saraf untuk memenangi hati rakyat dalam usaha menghapuskan komunis. Cara-caranya termasuklah:
- Mengadakan lawatan
- Templer melawat ke kampung, pondok polis dan lombong untuk mendengari masalah rakyat
- Melonggarkan syarat kewarganegaraan
- Menarik bukan Melayu untuk menjadi rakyat Tanah Melayu
- Untuk mewujudkan bangsa yang bersatu
- Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
- Menggalakan penglibatan bukan Melayu dalam politik untuk mendapat sokongan mereka
- Menawarkan hadiah wang tunai
- Kepada penduduk yang menangkap atau memberikan maklumat gerila komunis
- Memenangi kepercayaan Orang Asli
- Mendirikan 14 kubu untuk Orang Asli
- Kubu tersebut mempunyai kemudahan perubatan, pendidikan dan perlindungan
- Memajukan perkhidmatan penerangan
- Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya menyerbarkan risalah antikomunis
- Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih
- Kawasan hitam: Kawasan kegiatan komunis masih aktif
- Kawasan putih: Kawasan bebas ancaman komunis
Rundingan Baling
- Tunku Abdul Rahman bertemu dengan Chin Peng (pemimpin PKM) di Baling, Kedah
- Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menyerah diri
- Chin Peng menetapkan syarat PKM diakui sebagai sebuah parti politik yang sah
- Tunku enggan dan rundingan tersebut gagal
6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
<Video>
Aspek Politik
- Meningkatan jumlah warganegara
- Disebabkan syarat kewarganegaraan dilonggarkan
- Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan
- Penubuhan MCA menyakinkan British bukan semua orang Cina menyokong komunis
- Mempercepat kemerdekaan
- Kemerdekaan sebagai jalan keluar selepas darurat
- Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum menyakinkan British
Aspek Sosioekonomi
- Meningkatkan kos perbelanjaan British
- Perbelanjaan yang memerlukan kos yang tinggi semasa darurat:
- – Perbelanjaan membanteras komunis
- – Menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan
- – Pembangunan Kampung Baru
- Perbelanjaan yang memerlukan kos yang tinggi semasa darurat:
- Menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat
- Pengeluaran makanan berkurang
- Pelombong menjadi sasaran komunis
- Terpaksa mematuhi peraturan yang dikenakan oleh kerajaan
- Merenggangkan hubungan kaum
- Setiap kaum ditempatkan di penempatan yang berbeza
- Kawalan ketat menyebabkan penduduk berbilang kaum sukar untuk berinteraksi
- Pengorbanan
- Termasuk pasukan keselamatan, komunis dan orang awam
Penamatan Darurat
- Darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960 selepas berlangsung selama 12 tahun
NOTA BAB 6 : ANCAMAN KOMUNIS DAN
PERISYTIHARAN DARURAT
6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara
Kita
Sejak awal tahun 1920-an, fahaman komunis mula dibawa masuk ke negara
kita melalui cawangan Parti Kuomintang
(KMT) yang beribu pejabat di
China.
Pada tahun 1920, fahaman komunis cuba dibawa
masuk oleh beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka,
Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan
Perpateh melalui Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.
Pada 30 April
1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pada peringkat awal penubuhannya, PKM bergerak melalui kesatuan sekerja,
pertubuhan, penerbitan akhbar dan
sekolah Cina dan kemudian menyusup dalam
Kesatuan Sekerja.
Pada zaman pendudukan Jepun (1941 – 1945), PKM menentang Jepun melalui kerjasama dengan
British serta pembentukan Malayan People’s AntiJapanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga.
Selepas kekalahan Jepun, PKM merampas peluang kekosongan politik untuk
meluaskan pengaruhnya
6.2 Ancaman Komunis di Negara
Kita
Perisytiharan Darurat
Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di
Sungai Siput, Perak oleh komunis menyebabkan Pesuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di beberapa
kawasan di Perak dan Johor pada 17 Jun 1948.
Pada 18 Jun 1948, Undang-Undang Darurat
dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu.
Tindakan Komunis
Melumpuhkan ekonomi dengan mencetuskan huru-hara
di seluruh negara supaya penduduk hilang keyakinan
terhadap British.
Menyasarkan lombong bijih timah dan ladang
getah.
Merosakkan infrastruktur dan melakukan pelbagai
kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas, khususnya sistem pengangkutan dan
perhubungan.
Mengancam keselamatan rakyat dan menyebabkan
kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat.
Mengancam pasukan keselamatan dengan menyerang
balai polis dan membunuh pegawai tinggi kerajaan British.
6.3 Usaha Menangani Ancaman
Komunis
Menguatkuasakan Undang-Undang Darurat
Menahan mereka yang disyaki terlibat dalam
pergerakan komunis tanpa perbicaraan.
Mengharamkan pertubuhan radikal dan menangkap
pemimpinnya.
Memperkasakan Pasukan Keselamatan
Menubuhkan Cawangan Khas, Special Constables
(SC), Polis Hutan, Polis Wanita, Senoi Praaq (Urang Perang)
dan Auxiliary
Police (AP).
Memperkasakan pasukan tentera melalui pasukan Askar Melayu, pasukan Askar Komanwel dan Sarawak Rangers.
Mewujudkan pasukan sukarelawan seperti Home
Guard.
Memperkenalkan Pendaftaran Kebangsaan dan Kad
Pengenalan
Pada 23 Julai 1948, kerajaan memperkenalkan
sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan.
Langkah tersebut bertujuan memudahkan pihak
keselamatan membezakan orang awam dengan komunis.
Setiap lelaki, wanita dan
kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan
pihak berkuasa dan dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-amana sahaja.
Melaksanakan Rancangan Briggs
Memindahkan penduduk setinggan di pinggir hutan
ke Kampung Baru bagi memutuskan hubungan PKM
dengan
Min Yuen.
Menawarkan Pengampunan
Maklumat dilakukan melalui siaran radio dan
pengedaran risalah dari udara ke dalam hutan.
Iklan dan wayang gambar juga
digunakan untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya menyerah diri.
Menjalankan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
Penduduk berbilang kaum diseru untuk
mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa secara sukarela.
Menggalakkan interaksi antara penduduk pelbagai
kaum di samping mengeratkan hubungan.
Mengenakan Perintah Berkurung
Melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh
tertentu.
Membolehkan pasukan keselamatan menjalankan
operasi dengan lebih berkesan.
Melancarkan Perang Saraf
Rancangan menghapuskan komunis melalui usaha
memenangi hati dan fikiran rakyat tempatan.
Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan
membanteras ancaman komunis.
Mengadakan Rundingan Baling
Tunku meminta Chin Peng
membubarkan PKM, meletakkan senjata
dan menyerah diri.
Chin Peng menetapkan syarat kerajaan bersetuju
mengakui PKM sebagai parti politik
yang sah.
Rundingan gagal kerana Tunku enggan menerima syarat yang ditetapkan
oleh PKM.
6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
Aspek Politik
Kelonggaran syarat kewarganegaraan menyebabkan
jumlah warganegara meningkat.
Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur untuk meyakinkan British
bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis.
Mempercepat kemerdekaan melalui penubuhan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
(CLC).
Aspek Sosioekonomi
Perkembangan ekonomi terjejas kerana British
terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dalam
menangani ancaman komunis.
Rakyat mengalami penderitaan
Penamatan Darurat
Pada 31 Julai 1960, zaman
darurat yang berlangsung selama 12 tahun di negara kita tamat.
6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara
Kita
Sejak awal tahun 1920-an, fahaman komunis mula dibawa masuk ke negara
kita melalui cawangan Parti Kuomintang
(KMT) yang beribu pejabat di
China.
Pada tahun 1920, fahaman komunis cuba dibawa
masuk oleh beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka,
Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan
Perpateh melalui Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.
Pada 30 April
1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
sekolah Cina dan kemudian menyusup dalam
Kesatuan Sekerja.
6.2 Ancaman Komunis di Negara
Kita
Perisytiharan Darurat
Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di beberapa
kawasan di Perak dan Johor pada 17 Jun 1948.
Tindakan Komunis
terhadap British.
6.3 Usaha Menangani Ancaman
Komunis
Menguatkuasakan Undang-Undang Darurat
Memperkasakan Pasukan Keselamatan
dan Auxiliary
Police (AP).
Memperkenalkan Pendaftaran Kebangsaan dan Kad
Pengenalan
Melaksanakan Rancangan Briggs
Min Yuen.
Menawarkan Pengampunan
Menjalankan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
Mengenakan Perintah Berkurung
Melancarkan Perang Saraf
Mengadakan Rundingan Baling
6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
Aspek Politik
Aspek Sosioekonomi
menangani ancaman komunis.
Penamatan Darurat
Pada 31 Julai 1960, zaman darurat yang berlangsung selama 12 tahun di negara kita tamat.