BAB-5 T4

 

BAB 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 <Video>

  • Ditubuhkan untuk menggantikan Malayan Union

Penubuhan Jawatankuasa Kerja

  • Untuk membincang asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
  • Ahli: Wakil Raja Melayu, wakil UMNO, pegawai kanan British


Cadangan Jawatankuasa Kerja

  • Meletakkan semua negeri Melayu di bawah satu pentadbiran
  • Memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu
  • Menjaga keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain
  • Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri di setiap negeri
  • Mengetatkan syarat kewarganegaraan


Gerakan Nasionalis Melayu Radikal

  • British berunding dengan UMNO secara tertutup
  • Menyebabkan ketidakpuasan golongan nasionalis Melayu radikal
  • Golongan ini membentuk PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat)


Gabungan PUTERA-AMCJA

  • Golongan bukan Melayu pula menubuhkan AMCJA (All Malaya Council of Joint Action)
  • Pengerusinya Tan Cheng Lock
  • Mereka membantah kerana:
    • Menganggap British tunduk kepada permintaan UMNO
    • Tiada wakil Melayu dalam Jawatankuasa Kerja
  • AMCJA kemudian bergabung dengan PUTERA
  • PUTERA-AMCJA menganggap Perlembagaan Persekutuan tidak demokratik dan mengukuhkan perkauman


Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal

  • Memperjuangkan:
    • Hak semua kaum
    • Kebebasan bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar
    • Pembelaan terhadap ketidakadilan
  • Menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk membuka minda rakyat


Cadangan PUTERA-AMCJA

  • Cadangan PUTERA meliputi:
    • Kedudukan Bahasa Melayu
    • Hal ehwal luar negeri
    • Syarat kewarganegaraan
    • Bendera dan lagu kebangsaan
  • Cadangan ACMJA meliputi:
    • Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura
    • Kerajaan pusat yang kuat
    • Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
    • Kemajuan orang Melayu
    • Adat istiadat dan agama Islam
    • Syarat kewarganegaraan
  • PUTERA-AMCJA juga bersama memperkenalkan draf Perlembagaan Rakyat yang mengandungi cadangan di atas


5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 <Video>

Penentangan Orang Melayu terhadap Melayan Union

  • Disebabkan Malayan Union membawa kesan negatif kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu
  • Gammans (Ahli Parlimen British) melaporkan kepada Dewan Parlimen British bahawa huru-hara akan berlaku jika Malayan Union dilaksanakan


Cadangan Raja-raja Melayu

  • Cadangan Raja-raja Melayu kepada Sir Edward Gent (Gabenor Malayan Union):
    • Persekutuan harus bertaraf naungan, bukan tanah jajahan
    • Malayan Union digantikan
    • Gabenor digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi
    • Raja berkuasa dalam perundangan
    • Perkataan “Negeri-negeri Melayu” perlu muncul


Sokongan Pentadbir British

  • Disokong kerana dapat mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi
  • Sir Ralph Hone mencadangkan supaya melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran
  • British juga sedang melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh PBB

5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
      <Video> 

Pentadbiran

  • Persekutuan merupakan gabungan sembilan negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat
  • Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
  • Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan
    • Untuk membantu Pesuruhjaya Tinggi British


Kuasa Raja-raja Melayu

  • Majlis Raja-Raja dibentuk untuk membolehkan Raja-raja Melayu memberi pandangan
  • Sultan berperanan mengesahkan rang undang-undang oleh Dewan Perundangan Negeri


Perundangan

  • Majlis Perundangan Persekutuan:
    • Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
    • Bidang kuasa: Hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian

  • Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu


Kewarganegaraan

  • Syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang:
    • Jus soli hanya untuk rakyat Raja dan rakyat British
    • Jika lahir di luar negeri ayahnya, pemohon mesti ialah rakyat Raja dan rakyat British
    • Penduduk asal negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan
    • Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi adat resam dan bertutur bahasa setempat, boleh memohon melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan
  • Syarat kewarganegaraan secara pendaftaran:
    • Dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15 tahun
    • Mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, dan bersetuju taat setia kepada Persekutuan


5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 <Video>

Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu

  • Majlis Raja-Raja diwujudkan
  • Raja perlu dirujuk bagi perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan


Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu

  • Perjanjian Persekutuan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu
  • Selain menjaga kepentingan sah kaum lain


Membuka Ruang Kewarganegaraan

  • Kepada orang bukan Melayu


Mewujudkan Kerjasama Kaum

  • Melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (CLC)
  • Berjaya memupuk persefahaman peminpin pelbagai kaum
  • Cadangan CLC dimasukkan dalam usul perundangan



NOTA BAB 5 : PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


 

5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 

Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran.

 

Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

 

Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bertujuan membincangkan asas Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1948.

 

Terdapat golongan yang mencadangkan perlembangan alternatif yang dinamakan Perlembagaan Rakyat.

 

Pegawai pemerhati dan Penasihat Undangundang dalam Jawatankusa Kerja diwujudkan.

 

 

Ahli Jawatankuasa Kerja: Wakil kerajaan British: A.T. Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union), K.K. O’ Connor (Peguam Negara Malayan Union), W.D. Godsall (Setiausaha Kewangan), Dr. W. Linehan (MCS), A. Williams (MCS), D.C. Watherston (Setiausaha)

 

 

Wakil UMNO: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin, Haji Megat Yunus

 

 

Wakil Raja-raja Melayu : Raja Kamaralzaman Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak), Dato’ Hamzah Abdullah (Orang Kaya Menteri Besar Selangor), Haji Mohamad Sheriff Osman (Setiausaha Kerajaan Kedah), Dato’ Nik Ahmad Kamil Mahmud, (Dato’ Seri Setia Raja Kelantan)

 

Cadangan Jawatankuasa Kerja

 

Menyatukan semua negeri Melayu dan dua buah Negeri-Negeri Selat dalam satu pentadbiran.

 

Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

 

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

 

Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri.

 

Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat.

 

 

Pakatan PUTERA-AMCJA

 

Pada bulan Julai 1947, PUTERAAMCJA mengadakan pertemuan untuk mengemukakan draf Perlembagaan

Rakyat.

 

British menolak Perlembagaan Rakyat dan menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh

Jawatankuasa Kerja.

 

Pada 20 September 1947, PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal dengan meminta semua peniaga menutup kedai sebagai bantahan.

 

Menerusi sokongan Dewan Perniagaan Cina, hartal dilaksanakan di bandar utama di Tanah Melayu.

 

 

 

5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 

 

Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

 

 

Faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948:

 

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

 

Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO.

 

Sokongan pentadbir British.

 

 

 

5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

 

 

Masa lima bulan diambil oleh Jawatankuasa Kerja bagi menyelesaikan kerja merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Raja-raja Melayu, wakil British dan UMNO menghadiri persidangan pembentangan rangka Perjanjian Persekutuan pada 20 November 1946.

Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah: Pentadbiran:

 

Pentadbiran melibatkan gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang

dan Melaka).

 

Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.

 

Seorang Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa eksekutif.

 

 

Kuasa Raja-raja Melayu

 

Majlis Raja-Raja dibentuk bertujuan membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pendapat dalam perkara tertentu.

 

Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. Perundangan

 

Pesuruhjaya Tinggi mengetuai Majlis Perundangan Persekutuan.

 

Majlis ini merangkumi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian.

 

 

Kewarganegaraan

 

Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.

 

Kewarganegaraan secara pendaftaran.

 

 

 

5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 

 

Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

 

Persekutuan tanah Melayu 1948 mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu semula.

 

Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

 

 

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

 

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

 

Membuka ruang kewarganegaraan

 

Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara.

 

Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal.

 

 

Mewujudkan kerjasama kaum

 

Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan

kerjasama antara kaum melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.

 

Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

 

Merintis pada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 yang sekali gus membawa kemerdekaan.