BAB-9 T4

 

BAB 9 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957           



Rundingan dengan Kerajaan British di London <Video>

  • Wakil Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu membuat rombongan ke London untuk berunding dengan British
  • Perkara yang dipersetujui:
    • Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan dengan Menteri Kewangan
    • Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pertahanan dilantik dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu
    • British dan Komanwel akan memberikan bantuan seperti pertahanan
    • Pegawai British yang diberhentikan perlu diberikan ganti rugi


Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu <Video>

  • Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) dibentuk berikutan persetujuan di London
  • Pengerusinya Lord Reid dari British
  • Tugas: Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Gerak Kerja:

  • Meminta cadangan penduduk
  • Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
  • Meneliti kedudukan negeri dalam perlembagaan
  • Menghadap Raja-raja Melayu dan Penasihat British
  • Mengadakan persidangan dan membuat laporan pembentukan perlembagaan


Memorandum yang Diterima oleh Suruhanjaya <Video>

Memorandum daripada Pihak Raja-raja Melayu

  • Mencadangkan jawatan Yang di-Pertuan Agong
    • Bertindak sebagai Ketua Negara
    • Dipilih oleh Raja-raja Melayu
    • Tempoh jawatan ialah lima tahun

  • Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain dilindungi oleh Raja-raja Melayu

Memorandum daripada Parti Politik dan Awam

  • UMNO menolak jus soli
  • Masyarakat India menuntut kewarganegaraan mereka diteliti
  • MCA menuntut sekolah vernukular diteruskan


Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  • Kewarganegaraan berdasarkan jus soli
  • Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
  • Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan Agong
  • Parlimen dengan Dewan Negara dan Dewan Rakyat


Reaksi terhadap Draf Perlembagaan

  • UMNO dan PAS:
    • Bimbang bahawa kewarganegeraan yang longgar akan menjejas kedudukan istimewa orang Melayu
    • Meminta meningkatkan kedudukan agama Islam dalam Persekutuan
    • Mahu bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi

  • Sebahagian pertubuhan Cina ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
  • MIC meminta syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil diteliti
  • Draf Perlembagaan akhirnya diluluskan selepas pindaan dibuat



Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 <Video>

  • Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
  • Individu yang dilahirkan di dalam Persekutuan (pada hari merdeka atau selepas) akan diberikan kewarganegaraan
  • Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga
  • Agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan




NOTA BAB 9 : PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU 1957



9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan

 

Dalam usaha merintis jalan ke arah kemerdekaan negara kita, beberapa rundingan antara Raja-raja Melayu,

pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan pihak British telah diadakan.

 

Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu serta wakil Parti Perikatan berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan.

 

Pihak yang menyokong rundingan ini ialah E.E.C. Thuraisingham, iaitu wakil orang Ceylon, ketua Parti Rakyat, iaitu

Ahmad Boestamam, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani.

 

Wakil Raja-raja Melayu:

Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang iaitu Datuk Haji Wahab Abd Aziz

 

Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid

 

Menteri Besar Johor: Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said

 

Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
Wakil Perikatan Tunku Abdul Rahman

 

 

Dato’ Abdul Razak Hussein

 

H.S Lee

 

Dr. Ismail Abdul Rahman

 

 

Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London:

 

Tunku Abdul Rahman menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura

 

Rombongan kemerdekaan menaiki kapal laut, M. V Asia pada 1 Januari 1956 berlepas dari Pelabuhan Tanjung

Pagar, Singapura

 

Singgah di Karachi, Pakistan dan menaiki kapal terbang menuju ke London

 

Rombongan tiba di London pada 14 Januari 1956

 

 

9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

 

 

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

 

 

Keanggotaan Suruhanjaya Reid: Lord Reid (Britain) – Pengerusi, Sir William Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell

 

(Australia), Hakim B. Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

 

 

Gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:

 

Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan.

 

Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri serta bermesyuarat dan melawat negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.

 

Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu, mengkaji serta membuat laporan dan cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara merdeka.

 

 

9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

 

Suruhanjaya Perlembagaan mendapatkan memorandum dari seluruh Tanah Melayu untuk dirujuk. Sebanyak 131

memorandum bertulis diterima.

 

Suruhanjaya Perlembagaan mengeluarkan draf perlembagaan.

 

Pelbagai pihak memberikan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

 

Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan sekali

lagi berlepas ke London untuk berbincang  dengan kerajaan British tentang isu kewarganegaraan dan beberapa isu lain yang belum muktamad.

 

Beberapa perubahan dan pindaan dibuat pada draf perlembagaan dan hasil pindaan tersebut disembah perkenan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja.

 

Pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957, draf perlembagaan dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan.

 

Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diluluskan oleh Parlimen British di London dan kemudiannya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.

 

Rang undang-undang diluluskan dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuat kuasa secara rasminya pada 31 Ogos 1957.

 

 

9.4 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

 

Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

 

Individu yang dilahirkan di dalam Persekutuan (pada hari merdeka atau selepas) akan diberikan kewarganegaraan

 

Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga

 

Agama Islam sebagai agama Persekutuan

 

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan