BAB-5 T5
BAB 5 PEMBENTUKAN MALAYSIA
Idea Gagasan Malaysia < Video >
- Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
- Menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
Idea Pegawai British < Video >
Lord Brassey
- Mencadangkan penggabungan Sabah, Sarawak, negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
- Menjadi satu tanah jajahan besar
- Pegawai British melihat potensi ekonomi penggabungan ini
Sir Malcolm MacDonald
- Mecadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara
- Selaras dengan rancangan dekolonisasi
Sir Gerald Templer
- Meminta untuk menyegerakan penggabungan wilayah
- Atas tujuan keselamatan
Idea Penduduk Tempatan
- Nasionalis Tanah Melayu memperjuangkan Konsep Melayu Raya
- Gagal setelah Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan
- Tunku Abdul Rahman mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu
- Datu Mustapha (pemimpin Sabah) menyatakan minat terhadap penggabungan Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu
Rasional Idea Pembentukan Malaysia
- Mempercepat kemerdekaan
- Mempercepat bidang pembangunan
- Menyeimbangkan komposisi penduduk antara kaum
- Memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membendung ancaman komunis di Singapura dan Sarawak
Reaksi Tempatan terhadap Pembentukan Malaysia
< Video >
Persekutuan Tanah Melayu
- Mendapat sambutan baik penduduk dan parti politik
Sarawak
- Parti BERJASA, PANAS dan PESAKA menyokong
- SUPP menentang
Sabah
- UNKO, USNO dan SCA menyokong
- Parti yang menyokong membentuk gabungan Sabah Alliance
- Golongan yang menentang mahu mendapatkan kemerdekaan secara berasingan
Singapura
- PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyokong
- Barisan Sosialis menentang kerana menganggapnya sebagai penjajahan baharu
Brunei
- Sultan Brunei menyokong
- Parti Rakyat Brunei menentang atas sebab:
- Lebih ingin menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara
- Pembentukan Malaysia ialah cara British mengekalkan pengaruh
- Brunei akan kehilangan kekayaan yang besar
Reaksi Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia
Indonesia
- Tidak menentang pada awal
Filipina
- Menentang kerana mahu menuntut Sabah
Thailand
- Menyambut baik
Langkah Pembentukan Malaysia < Video >
Siri Lawatan
- Tunku Abdul Rahman melawat ke Sarawak dan Brunei untuk bertemu dengan pemimpin tempatan
- Pemimpin Sabah dan Sarawak juga melawat ke Persekutuan Tanah Melayu untuk meninjau kemajuan di sini
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
- Tujuan JSKM ditubuhkan:
- Menyakinkan penduduk Sabah dan Sarawak
- Mengumpulkan pandangan
- Menghebahkan perkembangan kemajuan di Persekutuan Tanah Melayu
Referendum Singapura
- Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia
- Dengan syarat yang ditetapkan
Suruhanjaya Cobbold
- Ditubuhkan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak
- Laporan yang dihasilkan:
- Dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia
- Mencadangkan agar kuasa autonomi diberi kepada Sabah dan Sarawak
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
- Mempunyai wakil British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
- Ditubuhkan untuk merangka perlembagaan serta menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak
- Perkara perlembagaan yang diusul untuk menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak:
- Islam sebagai agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
- Bahasa Inggeris juga bahasa rasmi Sabah dan Sarawak selain bahasa Melayu
- Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen tersendiri
- Pendidikan di bawah kuasa persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
Inti Pati Perjanjian Malaysia < Video >
- Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963
- Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi ahli Persekutuan Malaysia
Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
- Indonesia membantah pembentukan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- PBB menubuhkan jawatankuasa untuk membuat penilaian
- Hasil penilaian menunjukkan penduduk Sabah dan Sarawak menerima pembentukan Malaysia
- Pembentukan Malaysia ditangguhkan kepada 14 September 1963 kerana peristiwa ini
Konfrontasi terhadap Pembentukan Malaysia
< Video >
- Indonesia melancarkan konfrontasi “Ganyang Malaysia” pada 1963
- Dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia
- Tentera Indonesia membuat serangan gerila di Sarawak
Langkah Menamatkan Konfrontasi
- PBB memulakan usaha menamatkan konfrontasi
- Pihak Persekutuan Tanah Melayu berunding dengan pihak Indonesia dalam beberapa mesyuarat
- Indonesia menerima pembentukan Malaysia selepas PBB membuat penilaian
- Indonesia menamatkan konfrontasi pada 1966